Wednesday, 27 May 2015

Emel Rasmi 1 (MSS)

Soalan:
Kamu telah bergegas ke sebuah kedai elektronik yang terletak di gedung membeli-belah Causeway Point kerana mesin pengisar kamu rosak semasa menyediakan bahan masakan pada suatu petang. Walau bagaimanapun, produk baharu kamu tidak berfungsi ketika kamu hendak menggunakannya di rumah. Kamu terpaksa memulangkan produk tersebut pada hari yang sama. Di kedai tersebut, kamu telah dilayan dengan baik oleh seorang jurujual lain walaupun kamu hendak menukar barangan. Jurujual itu juga telah menerangkan dengan jelas cara menggunakan produk elektronik tersebut. Kamu berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh jurujual tersebut.
Tulis e-mel kepada pengurus syarikat tersebut. Dalam e-mel kamu, nyatakan sikap baik jurujual itu yang patut dipuji.

Kamu dikehendaki menggunakan alamat e-mel yang berikut :
Alamat pengirim : mariani_minhad@gmail.com
Alamat penerima : homereliance@pacnet.com/customer-service
  

Jawapan:
Daripada

Kepada

Subjek
Penghargaan kepada Cik Wani



Tuan
Merujuk perkara yang tertera di atas, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas layanan baik yang telah dipamerkan oleh pekerja di tempat kerja tuan yang bernama Wani Liyana.

Pada 16 April 2015, saya telah ke kedai elektronik di gedung membeli-belah Causeway Point. Mesin pengisar saya rosak. Saya terpaksa beli yang baharu. Tetapi, produk yang telah saya beli dari kedai tuan tidak berfungsi dan saya terpaksa pulangkan produk itu pada hari yang sama. Walaupun saya hendak menukar barangan, saya telah dilayan dengan baik oleh Cik Wani. Bukan itu sahaja, Cik Wani juga menerangkan dengan jelas cara menggunakan produk elektronik tersebut.

Di samping itu, Cik Wani ialah seorang yang penyabar. Walaupun saya tergesa-gesa inginkan penjelasan dan mendapatkan mesin pengisar yang baharu, dia tetap sabar semasa menjelaskan cara menggunanya. Air mukanya tenang semasa menjalankan tugas. Orangnya lembut dan sopan santun. Cik Wani pula berbicara dengan sopan. Saya berasa sungguh selesa berbicara dengan Cik Wani. Pertanyaan saya semua dijawab dengan jelas.

Walaupun ada ramai pelanggan, Cik Wani tidak tergopoh-gopoh. Dia bijak mengagih-agihkan masa untuk melayan para pelanggan. Saya amat suka dengan sikapnya. Cik Wani juga telah menunjukkan produk-produk yang lain supaya saya lebih tahu sekiranya saya mahu membeli barangan elektronik. Pada pendapat saya, Cik Wani seorang yang profesional semasa bekerja.

Saya ingin mengucapkan tahniah atas keprihatinan tuan dalam memilih pekerja yang sopan santun, penyabar, peramah dan berpengetahuan. Saya amat berharap perkhidmatan yang baik seperti ini dapat dikekalkan.
Sekian, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar
Mariani Minhad

  
Karya:
Nurul Nasshuhada bte Nazari
Kelas: 5S1

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.