Monday, 18 May 2015

Emel Tidak Rasmi 1 (WDL)

Soalan:
File    Edit     View     Tools     Message     Help
Daripada Yasmin@melku.com
Kepada   Usman@yahoo.com
Subjek    Masalah Buli

Salam hormat Usman

Apa khabar Usman? Semoga awak dan keluarga awak sihat walafiat. Saya dan keluarga sihat-sihat sahaja. Pastinya, awak sibuk dengan persiapan Peperiksaan GCE Peringkat Biasa yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Saya mengirimkan e-mel ini kepada awak kerana ingin meminta bantuan.  Sebagai ketua kelas, saya terganggu dengan masalah buli di kelas saya.  Buntu saya dibuatnya. Apa langkah-langkah yang boleh saya ambil? Tempoh hari awak telah berkongsi bahawa kelas awak telah menerima Anugerah Kelas Terbaik. Bagaimanakah pula ahli-ahli kelas awak, yang mendapat anugerah kelas terbaik, merapatkan hubungan antara sesama pelajar?

Saya harap awak dapat membantu saya. Sehingga bertemu di lembaran selanjutnya. Jangan lupa sampaikan salam saya kepada keluarga awak ya.

Ikhlas
Yasmin



Jawapan:
Daripada        : usman@yahoo.com
Kepada          : yasmin@melku.com
Subjek            : Masalah Buli

Yasmin

Awak apa khabar? Saya harap awak sekeluarga baik-baik sahaja. Saya dan keluarga sihat walafiat di sini. Ya, memang saya sedang sibuk menelaah subjek-subjek saya untuk Peperiksaan GCE Peringkat Biasa. Memang betul, saya dan kelas mendapat Anugerah Kelas Terbaik dengan pertolongan kawan-kawan sekelas saya. Saya amat simpati dengan kawan awak yang menjadi mangsa buli. Saya akan bincangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menamatkan masalah buli di kelas awak serta cara-cara untuk merapatkan hubungan antara pelajar di perenggan-perenggan yang seterusnya.
Langkah yang pertama yang boleh dititikberatkan adalah untuk melaporkan kejadian buli ini kepada guru kelas awak ataupun guru tingkatan untuk aliran masing-masing. Setiap guru lebih berpengalaman tentang hal-hal ini dan mereka akan tahu cara untuk menangani hal ini. Guru-guru akan memanggil mangsa buli dan pembuli tersebut untuk berbincang. Awak tidak digalakkan untuk memasuk campur hal mereka walaupun niat awak cuma ingin membantu kerana ia mungkin akan kusutkan lagi keadaan.
Langkah yang kedua adalah untuk selalu temankan mangsa buli ke mana dia pergi supaya dapat memberikan mangsa buli keyakinan dan melindunginya daripada dibuli oleh pembuli tersebut. Jika mangsa buli itu bersendirian, ini akan memberi pembuli-pembuli peluang untuk membulinya dan mungkin akan mencederakannya. Apabila mangsa buli diteman oleh kawannya, pembuli akan rasa lebih berhati-hati untuk membulinya. Bila seseorang itu dibuli, awak sebagai ketua kelas harus memberikannya sokongan secara mental supaya dia tidak akan rasa tertekan.
Cara untuk merapatkan hubungan antara pelajar bukanlah perkara mudah kerana ini akan melibatkan kerja sama semua orang. Awak boleh kumpulkan rakan sekelas awak dalam kumpulan untuk menyuarakan perkara yang mereka tidak begitu senang tentang rakan yang lain di kertas. Mereka tidak perlu menulis nama mereka dan kertas itu hanya akan dibaca oleh guru kelas dan ketua kelas. Ini supaya rakan-rakan dapat menegur dan memperbetul kesalahan masing-masing. Jika semua bersefahaman antara satu sama lain, ia akan lebih mengeratkan hubungan antara mereka.
Cara yang kedua adalah untuk berkomunikasi antara satu sama lain supaya dapat elakkan perselisihan faham antara mereka. Ini amat penting kerana jika mereka tidak berkomunikasi dengan rakan mereka,mereka akan dilabelkan sombong. Ini juga adalah untuk memahami perasaan dan kehendak masing-masing daripada memendamkannya semua dalam hati.
Kerjasama dan komunikasi antara satu sama lain amat penting untuk mengeratkan hubungan mereka. Segala perselisihan faham dan masalah mesti ada penyelesaiannya. Kes buli juga tidak boleh diambil sambil lewa kerana ini bukan masalah kecil. Dengan langkah-langkah dan cara-cara yang saya berikan, saya harap awak dapat mempertimbangkannya. Saya juga harap hari-hari awak yang seterusnya akan bertambah lebih baik dari hari yang sebelumnya. Terima kasih.

Yang Benar
Usman


Karya: Nurul Shazwanny (4C)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.