Benarkah anak remaja sekarang tidak tahu melakukan kerja rumah? Tugas seperti menggosok, mencuci pakaian apatah lagi memasak tidak pernah disentuh. Jika keadaan sebegini terbukti nyata, siapakah yang harus dipersalahkan? Apakah punca berlakunya fenomena ini? Jika kamu berusia di antara 13 – 20 tahun, saya ingin mendengar pandangan kamu mengenai isu ini. Berikan juga pendapat kamu mengenai langkah-langkah yang boleh diambil bagi menangani masalah ini.
Jawapan:
Daripada:
| |
Kepada:
| |
Subjek:
|
Anak remaja sekarang tidak tahu melakukan kerja rumah
|
Hamidah Hamid,
Merujuk kepada perkara di atas, saya Asmah Bte Salim ingin mengetengahkan tentang isu anak remaja kini yang tidak tahu melakukan kerja rumah. Sebagai seorang pelajar menengah empat, saya tidak dapat menafikan bahawa pernyataan itu benar. Anak remaja kini tidak tahu berdikari dan melakukan kerja rumah. Jika ditanya kepada rakan-rakan sekeliling saya, lebih daripada sembilan puluh peratus tidak tahu melakukan kerja rumah seperti menggosok, mencuci pakaian dan lain-lain.
Pada hemat saya, fenomena ini berlaku akibat kemudahan-kemudahan yang terdapat pada zaman ini. Akibat teknologi yang semakin canggih pada hari ini, banyak tugas telah dipermudahkan. Sebagai contoh, tugas seperti mencuci pinggan mangkuk kini boleh diselesaikan dengan memicit butang-butang yang terdapat pada sebuah mesin ‘dishwasher’. Lagipun, anak remaja generasi ini tidak punya masa untuk melakukan kerja-kerja tersebut. Arus kehidupan seseorang insan di negara kecil seperti Singapura amat pantas. Ramai tidak ada masa untuk melakukan kerja rumah akibat sibuk mengejar kejayaan. Seseorang anak remaja di Singapura akan selalunya tamat sesi persekolahan mereka lambat setiap hari. Apabila mereka pulang ke rumah untuk melakukan kerja sekolah serta mengulang kaji, jam pun sudah menunjukkan pukul sembilan malam. Oleh sebab kesuntukan masa, kerja rumah pun dibiarkan.
Namun, masalah ini tidak boleh dibiarkan sahaja. Anak remaja harus pandai berdikari dan bertanggungjawab atas kebersihan rumah masing-masing. Kita tidak boleh bergantung kepada pembantu rumah ataupun ibu bapa untuk mengemas dan melakukan kerja rumah. Lagipun, mereka juga manusia dan tidak akan hidup sepanjang hayat. Jika mereka tidak melakukannya, siapakah yang akan menggantikan tempat mereka? Justeru, saya akan menyenaraikan langkah-langkah yang boleh diambil bagi menyelesaikan masalah ini.
Pertama, ibu bapa harus mendidik anak masing-masing untuk bertanggungjawab dan melakukan kerja rumah dari kecil lagi. Jika tidak, mereka akan membantah dan memberi pelbagai alasan. Lagipun, jika seseorang itu telah melakukan kerja rumah sejak kecil lagi, ia akan menjadi sebuah tabiat. Bak pepatah; meluntur buluh biar dari rebungnya, ia lebih baik jika ibu bapa mendidik anak mereka sejak mereka kecil lagi. Namun, ia belum lagi terlambat. Didikan ibu bapa kepada anak remaja itu boleh membuat mereka lebih berdisiplin.
Kedua, pihak sekolah boleh mengadakan beberapa sesi di mana para pelajar ditugaskan untuk melakukan kerja rumah seperti menyapu bilik darjah mereka, melipat kain baju yang terdapat di bilik ‘Home Econs’ ataupun di bilik ‘Props’. Dengan cara ini, para pelajar juga dapat belajar dan melalui bagaimana untuk melakukan kerja rumah. Saya rasa cara ini amat berfaedah kerana pelajar akan menambah ilmu tentang kerja rumah walaupun mereka tidak melakukannya setiap hari.
Saya juga sarankan agar pihak sekolah sering mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di mana para pelajar akan membantu secara sukarela di sebuah rumah tumpangan. Di situ, saya pasti pihak rumah tumpangan itu akan meminta pelajar tersebut untuk menolong melakukan pelbagai tugas rumah seperti mencuci cadar, menyapu, mengemop lantai. Melalui pengalaman ini, para pelajar akan memulakan tabiat mereka untuk melakukan kerja rumah. Lagipun, mereka juga sedang melakukan suatu kebaikan sambil melakukan kerja rumah di rumah tumpangan tersebut.
Secara kesimpulannya, saya berpendapat bahawa fenomena ini perlu dihentikan secepat mungkin kerana ia boleh menjejas masa hadapan mereka apabila mereka sudah berumahtangga. Saya harap langkah-langkah yang telah disebutkan awal tadi dapat memberi pihak-pihak tersebut beberapa idea bagi menangani masalah ini.
Sekian, terima kasih.
Yang benar
Asmah
Hasil karya
NURSHARINA ZURAIDAH
Menengah 4/8
4HML
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.