Monday, 18 May 2015

Emel Rasmi 2 (WDL)

Soalan:
Hantarkan lakaran rancangan serta aktiviti-aktiviti bagi program kemasyarakatan di luar negara yang bakal dijalankan kepada pengetua sekolah.

Jawapan:

Subjek: Lakaran Rancangan Tentang Program Kemasyarakatan
Tarikh: 25 Februari 2015

Tuan

Merujuk perkara di atas, saya Herman Nur, selaku ketua pelajar dari Sekolah Menengah Rivervale ingin menerangkan lakaran rancangan serta aktiviti-aktiviti bagi program kemasyarakatan di luar negara yang bakal dijalankan. Program kemasyarakatan ini akan diadakan untuk para pelajar menengah 3 sahaja dan mereka akan melawati negera-negera seperti Thailand, Vietnam dan Bintan. Program ini akan diadakan pada 3 hingga 6 Jun, hari Khamis hingga Ahad iaitu selama empat hari dan tiga malam. Para pelajar akan melawati sebuah sekolah kanak-kanak yang memerlukan bantuan.
Saya telah latarkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa di sana nanti. Aktiviti pertama ialah pelajar-pelajar akan menolong untuk membersihkan bilik-bilik darjah mereka dan membaiki meja dan kerusi yang buruk sebaik mungkin dengan kemahiran mereka. Dengan ini, bilik-bilik darjah mereka akan menjadi lebih bersih dan kondusif.
Manfaat yang boleh diraih daripada aktiviti pertama ialah kanak-kanak yang ke sekolah di situ boleh belajar dengan udara dan suasana yang lebih selesa.
Aktiviti yang kedua ialah pelajar-pelajar boleh mengajar kanak-kanak itu mata pelajaran  seperti Matematik, Bahasa Inggeris, Sains dan sebagainya. Contohnya, para pelajar boleh mengajar kanak-kanak itu menjawab soalan-soalan yang mudah, bertutur dalam bahasa Inggeris dan sebagainya.
Manfaatnya ialah kanak-kanak itu akan meningkatkan kemahiran menggunakan bahasa Inggeris dan mereka boleh mempertingkatkan pengetahuan asas dalam Matematik, Bahasa Inggeris, Sains dan sebagainya.
Saya harap Tuan akan mempertimbangkan lakaran rancangan saya ini. Sekian, terima kasih.

Yang Benar
Herman Nur
Ketua Pelajar

Karya: Nur Nabilah Putri Bte Haris (3C)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.