Soalan:
Sekolah kamu sering menghadapi masalah pelajar-pelajar datang lewat. Kamu dan rakan-rakan kamu berasa bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab ini patut dihentikan segera. Kamu telah berbincang untuk mendapatkan idea-idea baharu bagi menangani masalah ini.
Tulis e-mel kepada pengetua sekolah kamu untuk memberitahunya sebab-sebab mengapa kamu beranggapan bahawa perbuatan datang lewat merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Dalam e-mel kamu, nyatakan juga beberapa cadangan yang telah kamu dan rakan-rakan kamu fikirkan bagi mengatasi masalah ini.
Kamu dikehendaki menggunakan e-mel yang berikut:
Alamat pengirim: zulkarnain@mymail.com
Jawapan:
Daripada: zulkarnain@mymail.com
Kepada : pengetuajagoh@menengahjagoh.com
Subjek: Masalah Lewat Ke Sekolah
Tuan
Saya ialah seorang pelajar dari kelas 4A yang bernama Zulkarnain. Saya amat prihatin tentang murid yang sering datang lewat ke sekolah. Saya dan rakan-rakan saya rasakan bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab ini patut segera dihentikan. Saya dan rakan-rakan akan senarai sebab-sebab mengapa perbuatan ini merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, kami juga mempunyai beberapa cadangan yang telah kami fikirkan bagi mengatasi masalah ini.
Sebab yang pertama ialah, murid-murid yang sering lewat ke sekolah akan menunjukkan contoh yang tidak baik kepada rakan-rkan mereka yang di tingkatan rendah. Mereka akan mengikut langkah yang salah itu dan masalah ini akan berterusan. Untuk mengatasi masalah ini, guru-guru boleh memainkan peranan dengan meluangkan masa untuk berbual dan memahami masalah yang dihadapi oleh murid. Guru boleh menasihati ataupun menyarankan langkah alternatif untuk murid-murid mengatasi masalah itu. Pihak kaunselling di sekolah juga perlu melangkah ke hadapan untuk membantu murid-murid ini. Pakar kaunselling boleh membincangkan perkara yang menjejas kelakuan mereka. Mudah-mudahan ini akan menimbulkan kesedaran dalam diri mereka.
Sebab yang kedua ialah, murid-murid yang datang lewat akan mengganggu kelas yang sedang dijalankan. Rakan-rakan dan guru harus menghentikan kelas dan menunggu murid itu masuk dn siap sedia. Rakan-rakan akan hilang konsentrasi pada kelas yang dijalankan. Ia juga membuang masa semua orang di dalam kelas. Saranan kedua ialah untuk menghubungi ibu bapa mereka. Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting. Mereka boleh memastikan bahawa anak mereka tidak lewat ke sekolah kerana mereka ada dengan anak mereka sejak awal pagi. Mereka lebih berhak dan mempunyai lebih kuasa mengawal anak-anak mereka.
Sebab yang terakhir ialah, apabila murid itu datang lewat, mereka akan ketinggalan pelajaran, membuang masa dan wang yang dibiayai oleh ibu bapa mereka. Bagi pesalah yang telah ditangkap berkali-kali, mereka bolehlah dirujuk kepada guru disiplin. Sebagai hukuman, mereka haruslah menjalani kelas tahanan atau telefon bimbit mereka ditarik. Dengan cara ini, mudah-mudahan pelajar akan menjadi serik dan tidak akan datang lewat lagi.
Saya harap tuan aka mempertimbangkan segala saranan yang telah saya dan rakan-rakan berikan. Saya juga berharap semoga masalah ini akan segera diselesaikan. Sekian, terima kasih.
Yang benar
Zulkarnain
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.