Soalan:
Jelaskan cara-cara untuk membuat persiapan bagi menghadapi peperiksaan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu kepada teman anda.
Jawapan:
Daripada: Durrah_hannah@e-warkah.com
Kepada: Danial_farris@e-warkah.com
Subjek: Persiapan Bagi Menghadapi Peperiksaan Peringkat ‘O’
Danial
Alhamdulillah saya sihat sejahtera. Awak pula apa khabar? Saya amat gembira mendapat e-mel awak. Kebelakangan ini, saya amat sibuk membuat persiapan untuk peperiksaan peringkatkan ‘O’ yang kita akan tempuhi pada akhir tahun ini dan atas kesibukan ini, saya tidak ada masa untuk sering bertukar e-mel dengan awak. Saya sudah membuat persiapan sejak enam bulan yang lepas. Oleh itu, saya akan berkongsi dengan awak cara-cara untuk membuat persiapan bagi menghadapi peperiksaan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
Cara pertama ialah awak harus menghafal dan memahami senarai peribahasa. Dengan memahaminya, awak akan berasa lebih yakin untuk menjawab soalan bahagian peribahasa. Dan dengan itu juga, awak sudah meyakinkan diri awak bahawa 10 markah itu sudah ada dalam genggaman awak. Awak juga boleh menggunakan peribahasa itu apabila awak menulis karangan. Mengaitkan permasalahan dengan menggunakan peribahasa akan meningkatkan pemarkahan awak. Oleh itu, dengan memahami penggunaan peribahasa, awak akan menduduki kertas satu dan dua dengan lebih mudah dan yakin.
Cara kedua ialah awak harus mengamalkan tabiat membaca buku. Jika awak lebih suka menulis ekspositori, awak lebih-lebihkanlah membaca akhbar Melayu dan membaca berita-berita terkini tentang persekitaran atau politik. Jika awak lebih kepada karangan naratif, awak harus membaca lebih banyak cerpen ataupun novel. Pada pendapat saya, awak lebih baik mengamalkan tabiat membaca akhbar dan juga membaca cerpen kerana kedua-dua jenis karangan naratif dan ekspositori menjadi genre pilihan awak. Di samping itu, ia juga dapat membantu awak untuk mendapatkan idea jika awak ketandusannya ketika menulis.
Selanjutnya ialah awak harus mengamalkan kepentingan berbahasa Melayu apabila bertutur. Jika awak mengamalkan tabiat ini, ia akan memudahkan awak untuk bertutur dengan lancar apabila awak menduduki peperiksaan lisan peringkat ‘O’. Awak harus membuat lisan awak denga tekun kerana peperiksaan lisan hanya boleh diduduki sekali sahaja. Selain itu, lisan juga merangkumi 35 peratus daripada markah keseluruhan Bahasa Melayu awak. Oleh itu, awak harus mengamalkan tabiat bertutur bahasa Melayu.
Itulah cara-cara yang awak harus lakukan jika awak ingin meningkatkan prestasi awak dalam subjek bahasa Melayu. Maaf Danial, saya tidak dapat meluangkan masa untuk mengajar awak pada hari Selasa kerana pada hari itu saya ada kelas latihan silat. Tetapi hari Khamis saya boleh menolong untuk membimbing awak. Awak beritahu sahaja bila awak mahu memulakannya. Saya akan cuba untuk menyediakan bahan-bahan yang diperlukan.
Saya harap cara-cara yang saya cadangkan akan dapat membantu awak dalam peperiksaan peringkat ‘O’ ini.
Yang benar
Durrah Hannah
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.