Monday, 18 May 2015

Naratif 3 (WDL)

Tulis sebuah cerita mengenai satu peristiwa yang menyedarkan kamu bahawa masa sememangnya amat berharga.


            Aku melihat di luar jendela. Keadaan di jalan raya berhampiran dengan rumahku kelihatan begitu sibuk sekali. Masa berlalu dengan pantasnya. Aku telah pelajari untuk menghargai setiap detik masa yang berharga. Setiap saat yang berlalu, tidak dapat kita kembalikan. Apabila azan berkumandang, aku bergegas ke kamar mandi dan membersihkan tubuhku lalu aku mengambil wuduk. Di atas sejadah itu, aku menunaikan solat fardu Isyak. Setelah selesai, aku bermohon kepada yang maha Esa agar memberikan aku kekuatan untuk menghadapi segala dugaan hidup. Aku membuka telekung yang selembut sutera itu lalu melipat dengan rapi. Aku menyidainya di hujung katilku.

            Aku terus mencapai komputer ribaku dan memulakan kerja yang harus kuhantar kepada pengurusku pada pagi esok semasa mesyuarat. Alangkah penat rasa badan ini. Tidak terdaya aku untuk melakukan kerja yang diarahkan. Apakan daya aku kerja di bawah arahan orang. Aku tidak mahu dianggap makan gaji buta. Aku telah pelajari daripada kesilapan aku dahulu.

            Dahulu aku seorang yang tidak pernah menyedari bahawa masa itu amat berharga. Aku selalu menghabiskan masa berfoya-foya dan membuat kerja yang tidak berfaedah. Projek-projek yang harus kuselesaikan selalu kuhantar lewat seminggu. Syarikat yang aku bekerja dahulu selalu mengalami kerugian yang besar kerana aku selalu lewat memberi kertas kerja yang diperlukan untuk perbincangan. Aku tidak penah peduli akan nasihat sesiapapun. Aku masih meneruskan perangai aku itu sehinggakan pengurusku menjadi marah dan memecat aku. Pengurusku turut berkata bahawa aku ini seorang yang tidak tahu menghargai masa. Pada waktu itu, aku tidak mengendahkan semua kata yang dilemparkan kepada aku. Aku keluar syarikat itu dengan perasaan penuh kemarahan.

            Setelah itu, aku cuba untuk mencari pekerjaan yang baru di syarikat-syarikat lain tetapi gagal. Aku mula menyesali akan perangaiku yang tidak pernah menyedari betapa berharganya masa. Sungguh sukar bagi aku untuk mencari pekerjaan sehingga aku terpaksa merayu kepada majikan lamaku untuk menerima aku kembali bekerja di syarikat itu.

            Setelah mendengar rayuanku, majikan lamaku menerima aku kembali dengan syarat aku harus mengubah sikapku dan tidak lewat menghantar kertas kerjaku lagi. Aku bersyukur. Aku insaf. Aku tidak akan mengulangi kesilapan yang pernah kulakukan dahulu dan kini aku telah menyedari bahawa masa sememangnya amat berharga. Memang benar pepatah yang mengatakan ’masa itu emas’. Aku harus bijak menggunakan masaku sebaik-baiknya dan menyelesaikan tugas yang diamanahkan tepat pada waktunya. Aku kini lebih tahu bagaimana untuk menghargai masa dan bersyukur kepada yang Esa kerana telah menyedarkan diriku. Setelah dua tahun bekerja dengan tekun, aku telah dinaikkan pangkat dan memegang jawatan yang penting di syarikat itu.

Karya: Hidayah (4D)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.