Dugaan Hidup
~
~ ~ ~ ~
Belas
hati Ain melihat keadaan ayahnya yang terlantar di atas katil. Keadaan ayah Ain
semakin kritikal kerana ayahnya menghidapi penyakit barah. Ayah Ain terlantar
di atas katil sejak beberapa hari yang lalu.
“Sabarlah, Emak. Sekejap lagi doktor akan
datang,” pujuk Ain sambil menggenggam tangan ibunya.
Ayah Ain
diperiksa dengan teliti oleh Dr. Khairul. Dr. Khairul mencadangkan agar ayah
Ain dihantar ke hospital secepat mungkin kerana penyakit barah ayahnya semakin
genting. Ketumbuhan yang terperangkap perlu dikeluarkan secepat mungkin.
Sekiranya ketumbuhan itu dibiarkan, penyakit itu akan membesar dan ayah Ain
mungkin akan meninggal dunia. Dr. Khairul mencadangkan supaya ayah Ain dibedah.
Tersentak
Ain mendengar penerangan Dr. Khairul itu. Pembedahan? Apakah perasaan Ayah
nanti apabila mengetahui bahawa dia perlu dibedah? Bersediakah Ayah untuk
menerima kenyataan ini? Fikirannya menjadi buntu seketika.
Ain akur.
Dia membantu ibunya memapah ayahnya masuk ke dalam kereta. Ayahnya juga
seakan-akan sudah pasrah. Mereka tidak menyangka penyakit barah yang dihidapi
Ayah selama dua tahun itu boleh menyebabkan keadaan sebegini genting.
Sejurus
mereka sampai di hospital, Ayah langsung dibawa ke wad kecemasan. Doktor yang
memeriksa Ayah mencadangkan Ayah dirawati dengan segera. Doktor juga memberikan
harapan bahawa Ayah dapat diselamatkan.
Kini, Ain
terpaksa berada di hospital selama seminggu. Ain berpeluang untuk bertanya kepada
para doktor dan jururawat yang bertugas tentang hal-hal yang bersangkutan
dengan penyakit ayahnya.
Selang
beberapa hari, Ain gembira kerana keadaan ayahnya semakin baik. Dia bersyukur
melihat ayahnya yang dapat kembali tersenyum. Ain berharap agar penyakit
ayahnya itu dapat dikawal supaya beban yang ditanggung oleh ayahnya selama ini
berkurangan.
~
~ ~ ~ ~
Cetusan minda Md Rafiq Md Rafan
2 Dynamic
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.