Hajat tidak kesampaian
~ ~ ~ ~
~
Sejak dua puluh tahun yang lalu, Sekolah Cenderawasih tidak
pernah menjulang Piala Hoki antara sekolah. Buat julung-julung kalinya, kami
menewaskan setiap sekolah di watan. Pesaing utama kami ialah Sekolah Mount
Sophia juga ditundukkan oleh kami. Dengan kedudukan kami yang selesa di tempat
pertama, Majlis Persatuan Hoki Kebangsaan telah bersetuju untuk menaja sekolah kami
untuk menyertai perlawanan persahabatan di seberang tambak.
Aku dan pemain-pemain hoki yang lain berasa amat teruja dan
ghairah kerana diberi peluang keemasan untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan.
Hari silih berganti, kini saat yang kami nantikan menjelang tiba. Namun dalam
keceriaan, naluri aku sebaliknya. Hatiku berasa kurang senang. Walauapa pun,
aku cekalkan hati dan bertawakkal kepada Allah S.W.T. Pasukan hoki aku pergi ke
Kodiang, Kedah, Malaysia dengan menaiki koc. Perjalanan ke Kodiang memakan masa
tujuh jam setengah. Kami diiringi oleh dua orang guru iaitu Cikgu Shafie dan
Cikgu Lee serta pelatih pasukan kami, Encik Jalal. Sepanjang perjalanan, kami
ceria dan menyanyi bersama-sama untuk menghilangkan kebosanan.
Namun langit tidak selalu cerah. Suasana yang ceria dan
girang berubah menjadi gelap dan murung. Koc yang kami naiki, tiba-tiba
melanggar sebuah kereta di hadapan. Pemandu bas tersebut menekan brek kecemasan
secara mendadak mengakibatkan kepala kami terhantuk ke hadapan. Beberapa
pelajar mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan tangan.
Itu bukan penghujungnya pengalaman terperangkap di dalam bas
persiaran yang malang itu. Ketiga-tiga orang guru berusaha menelefon talian
kecemasan tetapi usaha mereka sia-sia sahaja. Kami berada di kawasan terpencil,
maka khidmat penerimaan gelombang radio dan telekomunikasi agak terhad. Kami
buntu. Tidak tahu untuk melakukan apa-apa. Tiba-tiba, kami terhidu bau minyak
petrol. Itu jelas menandan bahawa tangki
minyak bas pasti bocor. Semakin lama kami terperangkap di dalam bas, bau minyak
petrol semakin kuat. Kami semakin berasa cemas. Kami pasrah dengan takdir yang
menimpa kami.
Tiba-tiba, akal di dalam otak mula menyala. Satu jalan keluar
untuk menyelamatkan kami semua. Satu cara ialah dengan mengetuk tingkap kecemasan
untuk bebaskan kami. Kebetulan aku duduk di tepi tingkap kecemasan. Aku terus
mencapai pengetuk dan mengetuk tingkap kecemasan. Bersatu kita teguh, bercerai
kita roboh. Dengan berkat usaha kami bersama, hasil bantuan daripada penduduk
setempat. kami dapat mengeluarkan kesemua mangsa dari dalam bas yang malang
tersebut.
Letupan yang kuat daripada bas tersebut menghadirkan rasa
gerun di dalam jiwa kami. Pihak pasukan kecemasan tiba di lokasi sejurus itu.
Aku dan yang lain dikejarkan ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan
lanjut.
Peristiwa hitam itu berlaku sepuluh tahun yang lalu, namun
pengalaman itu masih segar dan sering bermain di dalam ingatan. Kini, Aku
seorang jurulatih hoki sekolah Cenderawasih.
Walaupun terkilan kerana tidak dapat beraksi di perlawanan
persahabatan dengan pasukan di seberang tambak, aku berasa bersyukur dan
terharu. Terharu dengan semangat kerjasama dan kommitmen yang disumbangkan oleh
setiap pemain di gelanggang hoki mahupun dalam saat-saat kecemasan. Bak pepatah
bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
~ ~ ~ ~
~
Cetusan
minda Muhamad Sahbirin B Rhamdan
5 Dynamic
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.