E-mel Tidak Rasmi
~ ~ ~ ~ ~
Daripada: aiman_ikhsan@yahoo.com
Kepada: dayang_dahlia@yahoo.com
Subjek: Pengalaman, persiapan dan manfaat melakukan kerja kemasyarakatan
Kepada: dayang_dahlia@yahoo.com
Subjek: Pengalaman, persiapan dan manfaat melakukan kerja kemasyarakatan
di Laos
Dayang
Dahlia,
E-mel awak telah saya baca. Saya di sini sihat sahaja. Awak pula bagaimana? Saya berharap awak dalam keadaan sihat. Saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa melakukan kerja kemasyarakatan di Lao. Saya juga ingin berkongsi tentang persiapan-persiapan yang perlu dibuat dan juga pengajaran yang dapat diraih oleh para peserta setelah menjalankan kerja kemasyarakatan itu.
Di Laos, saya telah melakukan banyak
aktiviti. Salah satu aktiviti yang telah saya lakukan ialah mengecat tembok di
rumah tumpangan anak yatim yang berdekatan dengan dormitori mereka. Saya dan
rakan-rakan saya bersemangat dan bekerjasama pada pagi itu untuk mengecat bilik
tidur penghuni-penghuni rumah tumpangan tersebut. Saya berasa amat letih selepas
melakukan tugasan itu. Walaupun kami amat penat, kami bermain bola sepak
bersama –anak-anak yatim yang tinggal di situ dan kami amat gembira kerana dapat
menghiburkan mereka dan membuat mereka tersenyum lebar kerana bilik tidur
mereka kelihatan lebih cantik dan bersih.
Terdapat banyak persiapan yang harus kami
lakukan seperti menghubungi organisasi yang tertentu terlebih dahulu. Awak boleh
mendapatkan maklumat tentang pelbagai organisasi melalui lelaman web Google.
Memandangkan menelefon organisasi di luar negara amat mahal, awak boleh
mengirimkan e-mel kepada mereka. Melalui
e-mel awak, awak boleh memberitahu apa yang awak dan kawan-kawan mahu lakukan
di sana. Ini akan menunjukkan bahawa awak berfikiran matang dan tahu motif dan
juga tujuan apabila di Kemboja nanti. Awak harus mencari lebih daripada satu
organisasi kerana ada yang mungkin akan menolak rancangan awak. Oleh itu, awak
harus menyediakan rancangan tambahan. Awak juga harus melakukan persiapan yang
teliti supaya semua perkara berjalan dengan lancar apabila di Kemboja nanti.
Persiapan kedua yang harus awak lakukan
ialah awak harus mempelajari bahasa orang-orang Kemboja, iaitu bahasa Khmer. Awak
boleh mempelajari bahasa mereka melalui lelaman web seperti “Google Translate”.
Awak perlu mempelajari perkataan-perkataan yang asas seperti ‘selamat pagi’,
‘terima kasih’ dan juga menanya nama dan khabar mereka. Ini akan memastikan
awak boleh berkomunikasi dengan orang-orang tempatan di Kemboja dengan lebih
baik kerana mungkin ada penduduk Kemboja yang tidak boleh bertutur dalam bahasa
Inggeris. Jika awak boleh berkomunikasi dengan mereka, ini akan menyenangkan urusan
awak di sana. Persiapan ini juga membolehkan awak membuat kawan baharu dengan
lebih senang.
Terdapat banyak manfaat yang dapat diraih
oleh para peserta. Salah satunya ialah pentingnya bekerjasama dan berkomunikasi
antara satu sama lain. Bekerjasama amat
penting kerana tanpa bekerjasama, rancangan awak tidak akan berjalan dengan
lancar dan ahli-ahli kumpulan awak mungkin akan bertengkar antara satu sama
lain kerana tidak bersefahaman.
Bekerjasama di antara satu sama lain dapat mengajar para peserta untuk
mengongsi tanggungjawab mereka dan tugasan pada hari itu akan dilakukan dengan
lancar dan cepat. Berkomunikasi antara satu sama lain juga penting kerana ini akan
mengelakkan daripada pergaduhan dan pertengkaran antara satu sama lain. Berkomunikasi
juga membolehkan para peserta untuk meluahkan perasaan mereka dan mereka boleh
memberi idea atau maklumat yang tepat dan menyeluruh kepada ahli-ahli kumpulan yang
lain.
Manfaat kedua yang dapat diraih oleh para
peserta daripada kerja kemasyarakatan di Kemboja ialah mereka akan lebih
bersyukur dengan apa yang mereka ada setelah melakukan kerja kemasyarakatan
tersebut. Mereka juga akan mempelajari untuk tidak mengambil kesempatan di atas
kesenangan mereka dan tidak akan meminta lebih daripada apa yang mereka ada.
Kini, mereka sedar bahawa ada orang yang hidup dalam kesusahan dan tiada cukup
wang untuk membeli makanan. Ada juga yang tiada rumah dan tidur di tepi jalan
dan harus meminta sedekah kepada orang awam untuk menggunakan duit itu untuk
perbelanjaan seharian mereka atau untuk menampung keluarga. Ini akan membuat para peserta rasa bersyukur
kerana mereka ada tempat tinggal yang tetap tidak seperti di Kemboja.
Saya harap saranan-saranan saya tentang
persiapan-persiapan yang perlu awak buat dapat menolong awak untuk menyediakan
diri sebelum ke Kemboja. Saya juga
berharap projek awak akan berjalan dengan lancar dan awak akan mendapat
pengalaman yang semasa menjalankan tugas. Jangan lupa untuk berkongsi dengan
saya tentang pengalaman awak semasa awak berada di sana.
Yang benar
Aiman Ikhsan
~ ~ ~ ~ ~
Cetusan minda Khalisah Bte Rosman
4 Enterprise
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.