E-mel Tidak Rasmi
~ ~ ~ ~ ~
Daripada: radenaditya@e-warkah.com
Kepada: umarshah@e-warkah.com
Tarikh: 27/03/2014
Subjek: Bengkel Motivasi dan Kemahiran
Belajar
Umar
Saya
sekeluarga sihat sejahtera. Bagaimana pula dengan awak? Memang benar sudah lama
kita tidak saling berkirim e-mel. Maklumlah kita saling sibuk dengan kehidupan
kita sendiri. Di dalam e-mel awak, awak mengatakan bahawa awak ingin saya
berkongsi manfaat-manfaat dan kemahiran yang telah saya raih setelah menghadiri
bengkel motivasi dan pendapat saya jika bengkel itu patut diteruskan. Usah
bimbang, saya akan berkongsi dan memberi pendapat saya mengenai bengkel
motivasi yang saya hadiri di sekolah.
Manfaat
yang boleh saya raih setelah menghadiri bengkel motivasi ialah saya dapat
mempelajari teknik dan strategi belajar yang berkesan. Contohnya saya diajar
untuk menggunakan peta minda dan pena berwarna-warni semasa mengulang kaji pelajaran.
Ini kerana minda kita dapat memberi perhatian pada satu topik dahulu dan juga
boleh membantu kita mengingati kata-kata kunci yang penting dengan senang. Oleh
itu, para pelajar yang menduduki perperiksaan peringat ‘O’ tahun ini perlu menghadiri
bengkel motivasi untuk mempelajari teknik dan strategi belajar yang berkesan.
Manfaat
kedua ialah saya dapat mempelajari cara untuk menggunakan dan mengatur masa
dengan baik. Sebagai pelajar senior di sekolah, amat penting untuk kita
menunjukkan contoh yang baik kepada pelajar tingkatan rendah. Di peringkat menengah
empat pelbagai peranan yang perlu kita ambil. Banyak tanggungjawab yang perlu
kita laksanakan sebagai seorang ketua dalam aktiviti ko-korikular dan sebagai
seorang pelajar. Ramai pelajar mempunyai masalah untuk membahagikan masa
mereka. Contohnya dengan membuat jadual waktu dan cara para pelajar dapat
mengikut jadual mereka supaya mereka akan menjadi pelajar yang berjaya.
Selain
daripada itu, kemahiran yang saya pelajari dapat membentuk jati diri saya. Pengisian
rohani dan teknik menguasai minda dan emosi diri dapat saya ikuti. Cara saya
berkomunikasi, bekerjasama dan juga berinteraksi dalam membuat sesuatu
pertimbangan juga dapat diperhalusi menerusi bengkel ini. Bengkel motivasi juga
mendidik kita untuk menjauhi diri daripada pengaruh negatif. Contohnya apabila
kita mempunyai matlamat dan tujuan yang jelas, kita akan hidup berpandukan
matlamat itu dan akan bekerja bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Oleh itu,
pelajar yang akan menduduki peperiksaan peringkat ‘O’ pada tahun ini patut
menyertainya untuk membina jati diri mereka.
Seterusnya,
kemahiran yang amat penting ialah cara mendisiplinkan diri. Jika kita
berdisplin, kita akan mudah mencapai kecemerlangan. Dengan adanya disiplin di
dalam diri kita, kita akan hidup senang berbanding dengan pelajar yang tidak
mempunyai disiplin. Contohnya, kita tidak akan sering dimarahi oleh guru dan
dapat memberi perhatian kepada pelajaran. Kita juga dapat menjalani kehidupan
dengan positif. Oleh itu, pelajar perlu
dididik dengan sikap disiplin supaya cemerlang dan menjadi kebanggaan ibu bapa.
Akhir
sekali, bengkel itu patut diteruskan demi kebaikan para pelajar pada masa
hadapan kerana masa di bangku sekolah merupakan masa yang terbaik buat pelajar
mempelajari sifat-sifat berdisiplin, teknik dan strategi yang berkesan. Pelajar
boleh menggunakan teknik dan strategi mereka apabila mereka dewasa dan mula
bekerja. Ini kerana, apabila pelajar sudah dewasa, mereka mungkin terlalu sibuk
dan berasa tertekan. Jika mereka hendak menghadiri bengkal motivasi, mereka
perlu mengeluarkan belanja kerana bukan murah menghadiri bengkal motivasi.
Setakat
ini sahaja yang dapat saya coretkan. Semoga bersua lagi di lain lembaran dan
kirim salam kepada keluarga awak.
Yang Benar
Aditya
Cetusan minda Siti
Nur’Aini
4 Enterprise
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.