Aku dan Pokok Rambutan
~ ~ ~ ~ ~
Setiap tahun apabila menjelangnya musim buah-buahan, memori semasa zaman
kanak-kanak pasti menggamit diriku. Dalam banyak jenis pokok buah-buahan, pokok
rambutan telah meninggalkanku seribu kenangan. Kenangan tersebut pada mulanya
agak pahit tetapi kini menjadi kenangan indah.
Sekembalinya dari sekolah, Aku mengayuh basikal dengan
keletihan yang amat sangat. Perjalanan dari sekolah ke rumah nenekku mengambil
masa hampir setengah jam. Di pertengahan perjalanan ke rumah nenekku, Aku
melalui kawasan dusun buah-buahan. Aku ternampak pokok rambutan dan hendak
mengambil buah rambutan yang sedang masak ranum untuk nenekku. Aku dan nenekku
suka makan buah rambutan bersama-sama.
Aku meletakkan basikalku di bawah pokok itu dan memanjat
pokok rambutan itu. Aku mengambil buah rambutan yang kemerah-merahan. Selepas
aku mengambil buah rambutan yang dekat denganku, Aku terdengar seseorang
menjerit. Aku menoleh dan terlihat seorang lelaki yang berwajah bengis. Aku
berasa takut dan mula turun dari pokok rambutan itu.
Aku pun mengambil basikalku dan mengayuh secepat mungkin. Aku
terlihat muka lelaki itu dan sedar bahawa dia ialah tuan punya dusun
buah-buahan itu. Namanya Pak Abu. Pak Abu sangat dikenali di kampung
nenekku kerana dia mempunyai dusun buah-buahan yang sangat luas.
Apabila Aku tiba di rumah nenekku, Aku tercungap-cungap
kerana Aku mengayuh secepat mungkin. Aku bersyukur kerana sempat melarikan
diriku walaupun tidak sempat membawa balik sebiji rambutan pun. Aku
menceritakan apa yang telah berlaku kepada nenekku dan nenekku menyuruhku untuk
meminta maaf kepada Pak Abu pada keesokan harinya.
Pada keesokan hari, Aku berjumpa dengan Pak Abu untuk memohon
maaf dan berjanji tidak akan mencuri lagi. Pak Abu menghadiahkanku seikat
rambutan untuk dibawa pulang. Aku membawa seikat rambutan itu ke rumah nenekku
dan kami makan buah rambutan sambil nenekku mendengar ceritaku yang ketakutan
ketika disergah oleh Pak Abu.
Pengalaman tersebut mengajar Aku agar Aku tidak akan
melakukan perbuatan yang salah dan tidak akan mencuri lagi. Kalaulah Pak Abu
melaporkan kejadian ini kepada pihak polis, pasti Aku akan ditangkap.
~ ~ ~ ~ ~
Cetusan minda Hanie Batrisyia Bte Juraimi
3 Caring
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.